Sakit tekak ialah rasa sakit, kering atau gatal di tekak. Sakit tekak dibahagikan kepada 3 jenis iaitu faringitis, tonsilitis, dan laringitis berdasarkan bahagian tekak yang terjejas. Kebanyakan sakit tekak disebabkan oleh jangkitan, atau oleh faktor persekitaran seperti udara kering.
Ubat sakit tekak farmasi berkesan melegakan dan melindungi tekak. Ia juga membasmi kuman untuk mempercepatkan pemulihan. Ubat sakit tekak boleh didapati di farmasi, shopee dan lazada. Di bawah adalah 6 ubat sakit tekak terbaik di farmasi Malaysia.
1. Strepsils
2. Throatsil
Lozenges throatsil untuk sakit tekak memberikan kelegaan yang cepat dan berkesan daripada ketidakselesaan jangkitan mulut dan jangkitan tekak. Ia mempunyai 4 perisa berlainan iaitu perisa beri liar, perisa mentol, perisa oren dan perisa prun.
3. DifflamAB
Difflam AB ialah ubat pelega tekak farmasi dengan kesan antibakteria. Ia membantu untuk membunuh bakteria dan melegakan tekak anda dan memberikan kelegaan gejala kepada jangkitan tekak dan mulut.
4. Linkus Lozenges
Ubat sakit tekak farmasi Linkus Lozenges boleh melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak yang disebabkan oleh selsema. Ia juga untuk mengurangkan kerengsaan tekak, ketidakselesaan dan kesakitan jangka pendek. Rasa lemon madu atau oren.
5. Betadine Semburan Sakit Tekak
Semburan ini mengandungi ubat yang dipanggil Povidone - Iodin. Povidone Iodine mempunyai aplikasi luas dalam perubatan sebagai antiseptik dan pembasmi kuman untuk pelbagai tujuan. Melegakan tekak pecah, sakit tekak, bengkak tekak, ketidakselesaan tekak dan serak yang disebabkan oleh keradangan tekak.
6. Hurix's Povilin Capsule
Digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit tekak dan serak akibat kepanasan. Dihasilkan daripada pelbagai herba semulajadi, Sophora Subprostrata, Glycyrrhiza Uralensis Radix, Arctium Lappa Fructus dan Indigofera Tinctoria.