Gaya rambut sudah tentu menjadi salah satu perkara yang penting bagi seorang lelaki. Bahkan kebanyakan lelaki menganggap serta menjadikan rambut sebagai mahkota. Kebanyakan lelaki juga lebih memilih style rambut lelaki yang pendek kerana senang dijaga dan kelihatan lebih kemas.
Dengan rambut pendek, kos penjagaan rambut akan lebih rendah serta tidak memerlukan perawatan serius seperti rambut panjang. Lelaki juga tidak perlu memikirkan tentang gaya rambut kerana rambut pendek selalunya hanya boleh melakukan satu style sahaja. Oleh itu, artikel ini akan menyenaraikan 12 style rambut pendek lelaki terkini dan bergaya.
1. Crew Cut
Potongan rambut pendek crew cut kelihatan lebih kemas dan cantik di bahagian sisi. Gaya rambut pendek ini juga membuat bahagian hadapan kelihatan lebih menarik perhatian serta kemas. Style rambut pendek lelaki ini bukanlah yang paling popular tetapi ia adalah antara yang terbaik.
Penjagaan rambut fesyen style crew cut juga adalah lebih mudah dan tidak memerlukan penjagaan berlebihan. Gaya rambut ini sangat sesuai untuk lelaki yang ingin kelihatan sentiasa kemas dan tidak membuang banyak masa untuk gaya rambut. Potongan nipis di bahagian tepi menjanjikan keselesaan.
2. Classic Slick Back
Classic slick back adalah potongan rambut sederhana dengan gaya klasik dan licin. Style rambut pendek lelaki ini selalu disempurnakan dengan penggunaan pomade supaya gaya tersebut kekal. Fesyen rambut terkini ini amat sesuai untuk seseorang yang ingin kelihatan profesional.
Gaya rambut ini memerlukan penjagaan serta rawatan berlebihan kerana kebiasaan kegunaan minyak rambut. Gaya rambut classic slick back juga tidak terlalu pendek yang membuatkan penjagaan gaya rambut ini seperti penjagaan rambut panjang. Potongan juga perlu sering dilakukan untuk mengekalkan fesyen rambut ini.
3. French Crop
Fesyen rambut french crop adalah salah satu gaya rambut utama lelaki. Selain potongan yang kemas, ia juga tidak memerlukan perawatan yang tinggi. Gaya rambut ini sangat sesuai untuk seseorang yang tiada masa untuk gayakan rambut kerana fesyen rambut pendek ini kelihatan rapi dalam apa jua keadaan.
Gaya rambut french crop selalunya sesuai dengan semua orang serta sangat padan dengan rambut nipis. Jika anda memerlukan gaya rambut pendek lelaki yang moden, fesyen rambut ini adalah jawapan terbaik bagi anda. French crop juga memiliki jenis dari keriting, pudar hingga lurus dan lain-lain.
4. Ivy League
Fesyen rambut ivy league adalah gaya rambut paling tepat untuk mencapai penampilan anggun dan bergaya. Gaya rambut ini telah bertahan untuk waktu yang sangat lama serta sangat sesuai untuk kegiatan profesional atau kasual. Style rambut pilihan orang ramai ini pasti tidak akan mengecewakan anda.
5. Quiff Haircut
Style rambut pendek quiff adalah campuran gaya rambut pompadour dan flattop. Gaya rambut ini telah menjadi trend dan bertahan selama berdekad. Quiff adalah style rambut yang boleh dipergayakan tanpa kira umur serta kelihatan profesional dan kasual pada masa yang sama.
Disebabkan ia sesuai untuk semua keadaan, quiff menjadi pilihan utama dari kalangan selebriti, artis, ahli politik dan lain-lain. Fesyen rambut ini juga tidak memerlukan penjagaan yang rumit dan ia senang untuk digayakan. Anda patut mencuba gaya rambut ini jika masih tidak membuat pilihan.
6. Brush Up
Fesyen rambut lelaki brush up adalah gaya rambut yang disikat di bahagian depan seperti fesyen quiff. Sementara bahagian sisi dan belakang dipotong pendek. Anda mungkin tidak mengenali fesyen rambut ini, tetapi anda pasti telah pernah melihatnya kerana ramai melakukan gaya rambut ini.
Oleh kerana penampilan style brush up yang unik, ia telah menjadi pilihan orang ramai dan menjadi salah satu gaya rambut lelaki paling ikonik. Fesyen rambut ini juga boleh dilakukan dengan banyak gaya lain serta memilih mengayakannya sederhana atau profesional.
7. Buzz Cut
Buzz cut adalah style rambut pendek yang sentiasa kelihatan kemas. fesyen rambut lelaki ini juga dikatakan sangat sesuai dan padan untuk semua bentuk muka. Gaya rambut buzz cut amat mudah untuk dijaga kerana ia pendek. Fesyen style rambut lelaki ini sesuai untuk semua lelaki tanpa kira umur.
Gaya rambut buzz cut adalah terbaik untuk seseorang yang berasa rimas dengan rambut panjang. Fesyen rambut ini juga sesuai untuk kanak-kanak yang bersekolah. Bukan sahaja itu, style rambut pendek ini sangat kelihatan kemas serta membuat seseorang kelihatan lebih maskulin dan tampan.
8. Angular Fringe
Walaupun style rambut angular fringe kelihatan panjang tetapi ia sebenarnya boleh dikatakan sebagai gaya rambut pendek. Style rambut ini memotong rambut sehingga pendek dan hanya membiarkan rambut bahagian atas panjang sedikit. Jika disikat ke belakang, gaya rambut ini akan kelihatan pendek dan kemas.
Gaya rambut ini sangat sesuai untuk seseorang yang tidak mahu rambutnya kelihatan terlalu pendek serta tidak kemas. Ia adalah kerana anda akan kelihatan kemas dengan gaya rambut ini serta ia tidak terlalu panjang atau pendek. Anda juga boleh tentukan panjang rambut bahagian atas.
9. Side Part Fade
Seperti fesyen rambut pendek lelaki yang lain, gaya rambut side part fade tidak memerlukan rawatan atau penjagaan yang serius. Ia hanya perlu dipotong apabila terlalu panjang dan bentuk gaya rambut sudah tidak kelihatan. Fesyen rambut ini adalah yang terbaik untuk seorang profesional.
10. Sleek Skin Fade
Selain itu, gaya rambut ini memerlukan penjagaan serius kerana ia memerlukan potongan rambut setiap 2 minggu untuk mengekalkan fesyen tersebut. Tetapi fesyen ini amat mudah untuk dikemaskan serta kelihatan bergaya. Menggunakan spray rambut adalah disyorkan supaya bahagian hadapan tidak jatuh.
11. Dapper Side Part
Fesyen rambut ini selalu digayakan dengan cara bahagian hadapan diangkat ke atas manakala bahagian tepi dan belakang diluruskan. Sementara penjagaan rambut pula adalah agak serius dan mahal kerana memerlukan potongan rambut beberapa kali sebulan. Fesyen ini juga kemas dan profesional.
12. Slicked Back Undercut
Fesyen rambut slicked back undercut selalunya digayakan dengan bahagian atas disikat ke belakang. Perkara itu membuatkan style rambut lelaki ini kelihatan sangat kemas dan cantik. Selain itu, ia juga kelihatan sangat profesional serta tidak memerlukan rawatan yang serius dan mahal.