10 Moisturizer Untuk Jeragat Di Watson Yang Berkesan

Moisturizer untuk jeragat di Watson

Terdapat pelbagai moisturizer untuk jeragat yang dijual di Watson. Moisturizer yang membantu menghilangkan jeragat yang disebabkan oleh pigmentasi selalunya mengandungi Niacinamide, Retinol, Tranexamic Acid, Glycolic Acid, dan Vitamin C kerana bahan-bahan ini memudarkan jeragat dengan mengurangkan pengeluaran melanin, mencerahkan kulit dan mengelupas kulit dengan lembut. Gunakan bersama serum untuk jeragat supaya anda mendapatkan hasil terbaik.

Moisturizer untuk jeragat juga akan membantu menghilangkan parut jerawat dan bintik-bintik hitam untuk tona kulit sekata serta menghidrat kulit supaya kulit terhidrat sepanjang hari. Artikel ini akan membantu anda memilih moisturizer untuk jeragat dari beribu pilihan di rak Watson. Di bawah adalah 10 moisturizer untuk jeragat di Watson yang berkesan. Anda juga boleh membeli moisturizer di bawah di Shopee dan Lazada.

{tocify} $title={Isi Kandungan}



Skintific Symwhite 377 Dark Spot Moisture Gel



Moisturizer untuk jeragat di Watson yang mengandungi Symwhite 377, berkesan menyamarkan bintik hitam dan mencerahkan kulit. Ia mempunyai tekstur velvet, ringan dan mudah diserap apabila digunakan, dan tidak berasa berminyak tetapi masih memberikan kelembapan yang mencukupi pada kulit. Triple Active Formula, dilengkapi dengan Symwhite 377, Glutathione dan Tranexamic Acid yang menyamarkan bintik hitam degil, parut jerawat dan jeragat dengan ketara serta mengunci kelembapan kulit. Glutathione sebagai antioksidan boleh membantu mencegah tanda-tanda penuaan pramatang seperti jeragat.

  • Mencerahkan kulit dan menyamarkan bintik-bintik hitam.
  • Sebagai antioksidan yang membantu mencegah tanda-tanda penuaan pramatang.
  • Melembapkan kulit muka tanpa rasa melekit.
  • Membantu mengawal minyak pada muka.



Aiken Vita-C Brightening Moisturiser


Moisturizer untuk jeragat di Watson


Moisturizer gel untuk jeragat yang mengunci kelembapan kulit sehingga 72 jam dan menenangkan kulit. Pelembap muka ini menghidrat dan mencerahkan tona kulit secara intensif untuk kulit berseri secara semula jadi. Ia dirumus dengan vitamin C dan minyak pokok teh untuk mengurangkan jeragat, kesan selepas jerawat dan membunuh bakteria penyebab jerawat secara semulajadi. Moisturizer ini mencerahkan tona kulit berjeragat untuk kulit bercahaya, sihat, lembap dan berseri.



Some By Mi Yuja Niacin Brightening Moisture Gel Cream


Moisturizer untuk jeragat di Watson


Moisturizer gel yang menyegarkan diserap ke dalam kulit dengan cepat sebaik sahaja digunakan pada kulit. Ia mengandungi ekstrak Yuja yang membekalkan kelembapan pada kulit dan agen pencerah Niacinamide yang membantu memudarkan jeragat, parut jerawat dan bintik hitam. Moisturizer untuk jeragat di Watson ini juga membantu menenangkan kulit yang merengsa yang disebabkan oleh rangsangan luar dengan segera menyejukkannya melalui tekstur air glasier. Tidak mengandungi wangian tiruan.



Garnier Bright Complete Vitamin C Serum Day Cream


Moisturizer untuk jeragat di Watson


Moisturizer untuk jeragat ini mengandungi 3X Vitamin C dan Lemon Yuzu yang membantu menyekatakan tona kulit untuk kulit yang lebih cerah. Krim serum dengan tekstur ringan, penyerapan pantas dan disertakan dengan formula perlindungan matahari SPF36++. Moisturizer ini mencerahkan kulit dan menghilangkan jeragat dengan pantas. Sapukan rata pada muka & leher yang telah dibersihkan dengan sempurna dan elakkan kawasan mata.



Cosrx AHA BHA Vitamin C Daily Cream


Moisturizer untuk jeragat di Watson


Cosrx AHA/BHA Refresh Vitamin C Daily Cream mengandungi ekstrak daripada kiwi, buah naga, niacinamide, dan alpha arbutin untuk menghilangkan kekusaman dan meningkatkan tona kulit secara keseluruhan. Moisturizer untuk jeragat ini menenangkan kulit dengan cepat tanpa menyumbat pori-pori. Sesuai untuk kulit sensitif yang memerlukan pengimbangan semula. Produk ini juga menghilangkan sel kulit mati dan mengelupas dengan lembut untuk kulit lembut dan licin.



Wardah Lightening Day Cream Moisturizer


Moisturizer untuk jeragat di Watson


Moisturizer krim yang dirumus khas dengan SPF 30 dan PA +++ untuk Perlindungan UV semasa anda melakukan aktiviti harian. Moisturizer ini diperkaya dengan MoistBright Actives (Licorice, Vitamin B3, dan Allantoin) yang secara intensif bekerja pada proses pencerahan sambil melembapkan kulit anda. Ia juga membantu memperbaiki penampilan jeragat dan meratakan tona kulit. Sesuai untuk kulit kering hingga kombinasi.



Skintific MSH Niacinamide Brightening Moisture Gel


Moisturizer untuk jeragat di Watson


MSH Niacinamide Brightening Moisture Gel, dengan teksturnya yang ringan, menyerap dengan cepat dan membantu mengawal minyak. Moisturizer ini mengandungi Niacinamide yang digabungkan dengan dua agen pencerah yang ringan dan sangat berkesan iaitu Alpha Arbutin dan Tranexamic Acid untuk membantu dalam mencerahkan kulit dengan ketara. Ia terbukti lebih berkesan daripada Niacinamide biasa dalam mengurangkan jeragat dan bintik hitam.

Alpha arbutin di dalam moisturizer ini mencegah pembentukan melanin, dan mengurangkan penampilan bintik-bintik penuaan sementara Asid Tranexamic membantu memudarkan parut jerawat dan kemerahan sambil mengunci kelembapan kulit. Moisturizer di Watson ini juga diperkaya dengan Centella Asiatica dan 5X Ceramide, yang memberikan kesan menenangkan pada kulit sambil mengekalkan kekuatan penghalang kulit.

  • Membantu mencerahkan tona kulit.
  • Mengurangkan kemerahan pada kulit.
  • Memudarkan bintik hitam dan jeragat.
  • Memelihara keanjalan kulit muka.



YOU Radiance Up! Deep Moisturizing Cream


Moisturizer untuk jeragat di Watson


Radiance Up! Deep Moisturizing Cream ialah moisturizer krim untuk jeragat di Watson yang diperkaya dengan Ekstrak Cendawan Salji, Ceramides, dan Sistem Pencerahan untuk meningkatkan kelembapan kulit, memulihkan penghalang pelindung kulit, dan mencerahkan untuk kulit yang lembap dan bebas jeragat. Sistem pencerahan mengandungi 377, Vitamin C, Ekstrak Likuoris, dan Niacinamide yang berfungsi secara sinergi untuk membantu menghilangkan jeragat, kekusaman dan bintik-bintik gelap untuk kulit yang berseri. Moisturizer ini sesuai untuk semua jenis kulit berjeragat.



L’OrĂ©al Paris Glycolic Bright with Glycolic Acid SPF17 Face Cream


Moisturizer untuk jeragat di Watson


Moisturizer ini meningkatkan perlindungan kulit terhadap sinaran UV yang berbahaya. Ia mengandungi Asid Glycolic yang mencerahkan jeragat, membetulkan penampilan kulit kusam dengan berkesan dan mengurangkan bintik-bintik gelap, untuk tona kulit yang kelihatan sekata. Tekstur krim yang lembut meresap jauh ke dalam kulit untuk menggalakkan pembaharuan kulit, memudarkan hiperpigmentasi, kekusaman, jeragat dan bintik hitam.



Glad2Glow Pomegranate 5% Niacinamide Brightening Moisturizer


Moisturizer untuk jeragat di Watson


Moisturizer yang mengandungi Delima dan 5% Niacinamide yang boleh mencerahkan dan membantu menyekatakan tona kulit. Bahan pencerah Niacinamide juga memudarkan jeragat, bintik hitam, dan bekas jerawat. Ekstrak delima mengandungi asid lemak dalam bentuk Asid Punicic, yang membantu mencerahkan kulit. Ia mempunyai tekstur yang ringan dan mudah menyerap, boleh digunakan pada waktu pagi dan malam.
Terbaru Lebih lama