10 Bangunan Tertinggi Di Malaysia Pada Tahun 2024

Bangunan tertinggi di Malaysia

Bangunan pencakar langit telah menjadi salah satu penanda kemajuan sesebuah negara buat masa yang agak lama. Malah pembinaan pencakar langit sentiasa berlaku di Malaysia sehingga membuatkan negara ini memiliki beberapa bangunan tinggi ikonik yang terkenal.

Artikel ini akan menunjukkan peringkat 10 bangunan tertinggi di Malaysia pada tahun 2024. Hampir semua bangunan di dalam senarai ini kebanyakkannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Bandar Kuala Lumpur juga adalah salah satu kota dengan bangunan-bangunan tinggi melebihi 100 meter terbanyak di asia dan dunia.

{tocify} $title={Isi Kandungan}



1

Menara Merdeka (PNB118), Kuala Lumpur


Bangunan tertinggi di Malaysia

Menara Merdeka yang juga dikenali sebagai PNB118 adalah bangunan kedua tertinggi di dunia. Bangunan ini akan siap dibina pada tahun 2022 dan kos untuk pembinaan adalah RM5 billion. Reka bentuk pencakar langit ini mengambarkan bapa kemerdekaan mengangkat tangan sambil melaungkan merdeka.

Bangunan tertinggi di Malaysia

Bangunan tertinggi di Malaysia ini akan mempunyai 118 tingkat dan dilengkapi dengan pusat membeli belah 7 tingkat. Ia juga akan mudah diakses kerana bersambung dengan sistem LRT. Kesuluruhan projek dijangka akan siap pada tahun 2024 dan Ketinggian PNB 118 ialah 644 meter.



2

The Exchange 106, Kuala Lumpur


Bangunan tertinggi di Malaysia

The Exchange 106 yang sebelum ini dikenali sebagai menara TRX adalah bangunan yang baru sahaja dibina di Malaysia. Bangunan ini telah siap dibina pada tahun 2018 di kawasan Tun Razak Exchange, iaitu pusat kewangan antarabangsa di Kuala Lumpur.

Bangunan tertinggi di Malaysia

Kesuluruhan projek Tun Razak Exchange termasuk The Exchange 106 adalah dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Bangunan ini memiliki senibina yang amat menarik iaitu reka bentuk mahkota di bahagian paling atas. Ia memiliki 106 tingkat dan ketinggian The Exchange 106 ialah 453.6 meter.



3

Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur


Bangunan tertinggi di Malaysia

Menara berkembar Petronas pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia selama 6 tahun dan masih menjadi bangunan berkembar paling tinggi di dunia sehingga hari ini. Bangunan kedua tertinggi di Malaysia ini seringkali dilihat sebagai ikon dan mercu tanda untuk mengambarkan Malaysia.

Bangunan tertinggi di Malaysia

Reka bentuk Menara berkembar petronas direka oleh César Pelli, seorang senibina terkenal dari Argentina. Pencakar langit ini memiliki 88 tingkat di kedua bangunan dan jejantas di tengah yang menyambung kedua bangunan. Ketinggian menara berkembar Petronas ialah 451.9 meter.



4

Four Seasons Place, Kuala Lumpur


Bangunan tertinggi di Malaysia

Four Season Place yang sangat berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas adalah bangunan keempat tertinggi di Malaysia. Selain itu, Four Season Place adalah hotel ketiga tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Pencakar langit ini telah siap dibina pada tahun 2018.

Bangunan tertinggi di Malaysia

Four Season Place adalah bangunan yang menyediakan hotel, apartment dan pusat membeli belah. Ia mempunyai 236 bilik dan 242 suites. Pencakar langit keempat tertinggi di Malaysia ini mempunyai 74 tingkat dan ketinggian Four Season Place ialah 343 meter.



5

Menara Telekom, Kuala Lumpur


Bangunan tertinggi di Malaysia

Menara Telekom iaitu pencakar langit kelima tertinggi di Malaysia adalah bangunan ibu pejabat Telekom Malaysia Berhad. Ia sering dikaitkan dengan menara avengers dari filem fiksi kerana reka bentuk hampir sama. Bangunan ini direka oleh arkitek terkenal iaitu Hijjas Kasturi dan siap dibina pada tahun 2001.

Bangunan tertinggi di Malaysia

Menara Telekom yang berada di Kuala Lumpur ini memiliki 77 tingkat dan keseluruhan bangunan hanya dijadikan pejabat sahaja. Pencakar langit ini memiliki beberapa penyewa terkenal iaitu Mercedes-Benz, Unilever, Henkel Malaysia dan lain-lain. Ketinggian Menara Telekom ialah 310 meter.



6

The Astaka Tower, Johor Bahru


Bangunan tertinggi di Malaysia

Yang berada di peringkat keenam adalah The Astaka Tower, iaitu bangunan tertinggi di Johor Bahru. Bangunan ini terletak di Iskandar Malaysia Zon A dan dibuka pada tahun 2018. The Astaka Tower juga adalah bangunan perumahan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

Bangunan tertinggi di Malaysia

Pencakar langit ini dilengkapi dengan 438 apartments, penthouse, dan duplexes. Ia juga memiliki fasiliti mewah, kolam renang. Selain itu, pusat membeli belah, hotel, dan bangunan office untuk rancangan masa depan. Bangunan ini memiliki 70 tingkat dan ketinggian The Astaka Tower ialah 279 meter.



7

Menara Ilham Baru, Kuala Lumpur


Bangunan tertinggi di Malaysia

Menara Ilham Baru yang juga dikenali sebagai Menara IB adalah pencakar langit dengan senibina yang sangat cantik dan moden. Bangunan ini adalah untuk office dan serviced apartment. Menara Ilham baru mula dibina pada tahun 2010 dan siap sepenuhnya pada tahun 2015.

Bangunan tertinggi di Malaysia

Menara Ilham Baru memiliki 58 tingkat serta terbahagi kepada dua jenis iaitu 33 tingkat office dan 22 tingkat serviced apartment. Arkitek pencakar langit ini adalah Foster and Partners sementara pembangun pula adalah IB Tower Sdn. Bhd. Ketinggian Menara Ilham Baru ialah 274 meter.



8

Menara Petronas 3, Kuala Lumpur


Bangunan tertinggi di Malaysia

Menara Petronas 3 adalah menara ketiga Petronas selain Menara Berkembar. Sebelum ini, Pencakar langit ini dikenali sebagai menara carigali. Pembinaan Menara Petronas 3 bermula pada tahun 2006 dan selesai dibina pada tahun 2011. Bangunan ini dimiliki dan dibangun oleh KLCC Properties Holding.

Bangunan tertinggi di Malaysia

Pembinaan Menara Petronas 3 memerlukan pembiayaan sebanyak RM 665 juta untuk superstruktur. Bangunan pencakar langit ini memiliki 60 bilangan tingkat dan keluasan tingkat adalah 84,000 m². Ketinggian Menara Petronas 3 ialah 267 meter yang menjadikan ia bangunan kelapan tertinggi di Malaysia.



9

Ascott Star @ KLCC, Kuala Lumpur


Bangunan tertinggi di Malaysia

Ascott Star @ KLCC yang juga dikenali sebagai Star Residences ialah bangunan perumahan mewah 5 bintang yang terletak di Segitiga Emas iaitu kawasan strategik di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia menyediakan pelbagai kemudahan dan faciliti seperti taman, perpustakaan, kedai runcit, bilik mesyuarat dan lain-lain.

Bangunan tertinggi di Malaysia

Ascott Star @ KLCC sangat berhampiran dengan pelbagai kemudahan menarik seperti pusat membeli belah, hotel dan dikelilingi dengan bangunan-bangunan pejabat di tengah bandar Kuala Lumpur. Ketinggian Ascott Star @ KLCC ialah 265 meter dan memiliki 58 tingkat.



10

Menara Permata Sapura, Kuala Lumpur


Bangunan tertinggi di Malaysia

Menara Permata Sapura yang sebelum ini dikenali sebagai KLCC Lot 91 adalah bangunan yang mempunyai senibina yang sangat moden. Bangunan ini mula dibina pada tahun 2015 dan siap dibina pada tahun 2020. Ia adalah bangunan mewah pelbagai kegunaan dengan 2 tingkat dikhususkan untuk pusat membeli belah.

Bangunan tertinggi di Malaysia

Bangunan ini sangat berdekatan dengan pengangkutan awam iaitu stesen LRT dan MRT. Menara Permata Sapura yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur ini memiliki 52 tingkat. Ketinggian Menara Permata Sapura ialah 253 meter dan dibangunkan oleh Sapura Resources Berhad di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Terbaru Lebih lama