10 Serum Vitamin C Untuk Kulit Putih Gebu Di Watson

Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson

Dari beribu bahan-bahan yang dikatakan memutihkan kulit, vitamin C telah terbukti menghalang pengeluaran melanin. Melanin adalah pigmen yang bertanggungjawab untuk warna kulit. Dengan menghalang pengeluaran melanin, vitamin C boleh membantu memudarkan bintik hitam dan hiperpigmentasi. Vitamin C telah menunjukkan bahawa ia memperbaiki tekstur dan tona kulit yang kusam, melawan kerosakan radikal bebas, dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Vitamin C yang juga dikenali sebagai ascorbic acid dan L-ascorbic acid, menyediakan perlindungan antioksidan, kerana ia menderma elektron untuk meneutralkan radikal bebas yang terdapat pada kulit daripada tekanan persekitaran seperti sinaran matahari dan pencemaran. Memakai vitamin C pada kulit boleh menjadikannya 20 kali lebih berkesan daripada mengambilnya secara oral dan atas sebab ini, penggunaan serum vitamin C sangat disyorkan. Di bawah adalah 10 serum vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson.

{tocify} $title={Isi Kandungan}



Cosmoderm Glow-C Super Boosting Serum


Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson


5,000mg adalah dos tertinggi Vitamin C yang boleh didapati dalam Cosmoderm Glow-C Super Boosting Serum yang membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dengan berkesan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang pengeluaran kolagen. Ia mencerahkan pigmentasi dan bintik gelap dengan berkesan. Vitamin C memberikan pelbagai manfaat anti-penuaan seperti meningkatkan pengeluaran kolagen untuk mengekalkan kulit yang tegang dan melenting.



Garnier Bright Complete Booster Serum with Vitamin C


Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson


Serum di Watson untuk kulit putih gebu yang mengandungi 30X Vitamin C dan Lemon Yuzu Jepun. Vitamin C bukan sahaja akan mengurangkan bintik-bintik hitam tetapi juga mencerahkan kulit secara keseluruhan sehingga menghasilkan tona kulit yang lebih sekata. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan cepat menyerap untuk mencerahkan bintik-bintik hitam dan tanda jerawat.



Cuura Spotless Ultra Pigmentation Serum


Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson


Serum Vitamin C di Watson ini berfungsi dengan baik untuk tona kulit tidak sekata, tekstur kasar, garis halus, parut jerawat, kekusaman umum dan hampir semua masalah kulit muka yang lain. Serum tanpa noda ini dipertingkatkan dengan Alpha Arbutin tambahan dalam dua jenis asas serum Hyaluronic Acid yang sangat menghidratkan. Dengan penggunaan kerap, ia boleh membantu mengurangkan penampilan pigmentasi, bintik hitam dan parut.



SKINTIFIC 10% Vitamin C Brightening Glow Serum


Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson


Serum Vitamin C yang mengandungi 10% L-Ascorbic Acid, mengandungi Vitamin C yang boleh membuat kulit bersinar, mencerahkan, dan memudarkan bintik-bintik hitam. Dengan Triple Antioksidan, menghalang kulit daripada kusam. Ia memudarkan parut jerawat, garis halus dan menyekatakan tona kulit untuk kulit putih gebu.



Ruruberry 5% Ethyl Ascorbic Acid


Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson


Serum yang pH ramah (pH 4.6‡) dan stabil untuk mencerahkan wajah kusam, mengencangkan/menegangkan kulit yang kendur atau longgar dan mengurangkan kemunculan tanda-tanda penuaan. Ethyl Ascorbic Acid adalah salah satu bentuk vitamin C yang paling stabil yang diketahui, yang membolehkan ia menembusi lapisan kulit yang lebih dalam tanpa menyebabkan kerengsaan.

Digabung dengan Vitamin E dan Ferulic Acid, yang bukan sahaja akan lebih menstabilkan kandungan itu sendiri tetapi juga membantu memperkuatkan lagi manfaat antioksidan mereka bersama, bagi memperhebatkan keberkesanan nya secara sinergis untuk memperbaiki pelbagai masalah kulit seperti perubahan warna/pigmentasi, segi tekstur, dan garis-garis halus/kedutan. Ia juga meminimumkan kerusakan pada kulit akibat peningkatan radikal bebas, papar sinaran UV atau penuaan.



Wardah C-defense with Vitamin C Serum


Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson


C-defense Serum dengan antioksidan kuat Hi- Gred Vitamin C yang mempunyai keupayaan penembusan tinggi ke dalam lapisan kulit & membantu mengekalkan kulit kelihatan lebih cerah dan gebu. Ia bertindak sebagai anti inflamation, inflamation adalah salah satu faktor yang merangsang pigmentasi pada kulit dan menjadikan kulit gelap. Vitamin C ini mudah diserap ke dalam lapisan kulit secara optimum yang menjadikannya berkesan.



Olay Luminous Niacinamide + Vitamin C Super Serum


Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson


Serum ini dikuasakan oleh Niacinamide dan Vitamin C untuk mengurangkan bintik-bintik gelap untuk kulit putih dan gebu. Ia mengurangkan rupa bintik hitam, menjadikan tona dan tekstur kulit lebih sekata. Penyerapanya sangat pantas dan menembusi 10 lapisan permukaan dalam untuk menjadikan proses lebih cepat. Tidak berminyak dan sesuai untuk tona kulit yang tidak sekata.



Some By Mi Galactomyces Pure Vitamin C Glow Serum


Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson


Serum ini dirumus dengan 75% Galactomyces Filtrate dan 3% Vitamin C Tulen untuk mengembalikan keserian dan cahaya kulit. Vitamin C membantu mencerahkan kekusaman, memudarkan bintik hitam dan meratakan hiperpigmentasi yang menjadikan kulit kembali putih. Galactomyces mempunyai sifat anti-penuaan kerana ia meningkatkan keanjalan, melembapkan kulit dan melembutkan tekstur kulit.



Lumi Vitamin Glow Super Serum


Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson


Vitamin Glow Super Serum dirumus dengan bahan semula jadi yang mesra kulit namun berkesan, ia menawarkan penghidratan kulit yang lembut dan kilauan yang lebih cerah, sambil meninggalkan bau sitrus yang menyenangkan. Ia padat dengan Vitamin C yang diperoleh secara semula jadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti sitrus, anggur dan epal. Produk ini kaya dengan antioksidan, ekstrak epal dan sitrus akan melindungi kulit anda sambil membantu menentang penuaan.



Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum


Vitamin C untuk kulit putih gebu di Watson


Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum ialah serum penghidratan bertekstur ringan, yang meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk memulihkan nutrien, kehalusan kulit dan meningkatkan ketelusan kulit. Mengandungi penambah pencerahan kulit yang unggul iaitu Kakadu Plum, sumber terkaya kandungan Vitamin C 100x lebih daripada sebiji oren untuk mempercepatkan pencerahan dan kecerahan kulit.
Terbaru Lebih lama