10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Yang Melembapkan Wajah

Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia

Jika anda sedang mencari pencuci muka untuk kulit kering, cari pencuci muka penghidratan yang tidak menanggalkan minyak semulajadi di muka. Pencuci muka yang mengandungi bahan menghidrat seperti asid hyaluronik sangat sesuai untuk kulit kering kerana ia menghidrat dan mengekalkan kelembapan kulit. Elakkan memakai pencuci muka yang dilabel “Mengawal Minyak” atau mengandungi bahan seperti asid salisilik kerana ia akan mengeringkan kulit muka anda.

Memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit kering mungkin agar sukar, terutamanya jika anda mempunyai gabungan faktor yang perlu dipertimbangkan, seperti jerawat, penuaan kulit atau kemerahan. Disebabkan itu, kami akan membantu anda memilih pencuci muka terbaik berdasarkan keperluan anda. Di bawah adalah senarai 10 pencuci muka untuk kulit kering yang melembapkan wajah beserta kebaikannya untuk membantu anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit kering dan masalah kulit yang anda hadapi.

{tocify} $title={Isi Kandungan}



1. L'Oreal Paris Hyaluronic Acid Gel Cleanser


Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia


L'Oreal Paris Hyaluronic Acid Gel Cleanser iaitu pencuci muka penghidratan anti-penuaan untuk kulit yang lebih licin, tegang dan gebu. Pencuci muka jenis gel untuk kulit kering yang diformulasikan dengan asid hyaluronik, bahan dermatologi yang berkuasa yang terkenal dengan sifatnya yang menghidrat dan menggebukan kulit secara mendalam. Produk ini sangat sesuai dengan kulit kering.



2. Nutox Youth Restoring Cleansing Gel


Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia


Nutox Youth Restoring Cleansing Gel diformulasi dengan pH seimbang dan kolagen daripada sarang burung, pencuci muka gel ini secara halus mengangkat kotoran dan perengsa yang boleh menyebabkan kerengsaan, tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit.



3. Wardah Lightening Micelar Gentle Cleanser


Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia


Wardah Lightening Micelar Gentle Cleanser ialah inovasi baru pencuci muka untuk kulit kering dari jenama Wardah dengan Formula Non Soap, membersihkan wajah secara lembut dan juga mengekalkan kelembapan kulit. Dengan formula pH Balance untuk mengimbangi pH kulit semulajadi. Gabungkan dengan Advanced Niacinamide, menjadikan kulit berseri dan mengekalkan kelembapan kulit. sesuai untuk kulit normal hingga kering



4. Eucerin DermatoCLEAN Mild Cleansing Milk


Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia


Eucerin DermatoCLEAN Cleansing Milk ialah pencuci muka untuk kulit kering yang lembut tetapi berkesan yang menanggalkan kekotoran dan solekan tanpa mengeringkan kulit. Pencuci muka yang menenangkan menggabungkan kompleks pembersihan yang lebih lembut dengan Asid Hyaluronik dan bahan pelembap lain yang berasal dari alam semula jadi untuk membantu kulit mengekalkan keseimbangan kelembapan semulajadi supaya kulit tidak kering.

Pencuci muka untuk kulit kering ini menjadikan kulit berasa bersih, terhidrat dan lembut. Pencuci muka harian yang ideal untuk kulit kering, terbukti secara klinikal dan dermatologi sesuai untuk kulit sensitif.



5. Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser


Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia


Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser dirumus dengan 3 jenis bahan penghidratan gred derm yang berbeza - HA, PHA dan Asid Lemak, memberikan kuasa penghidratan tambahan. Pencuci muka berbuih untuk kulit kering ini membersihkan kulit muka dengan lembut dan menanggalkan 99% kotoran dan mikro-pencemar, sambil mengekalkan 99% kelembapan semulajadi kulit. Ia dicipta untuk mereka yang mempunyai kulit kering.



6. Torriden DIVE IN Low Molecular Hyaluronic Acid Foam Cleanser


Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia


Torriden DIVE IN Low Molecular Hyaluronic Acid Foam Cleanser ialah pencuci muka untuk kulit kering vegan, pH seimbang yang menanggalkan kotoran dan sisa solekan dari kulit dengan sentuhan lembut. Melindungi penghalang kelembapan kulit anda untuk mengekalkan tahap penghidratan yang tinggi selepas pembersihan. Mengandungi 8 jenis asid hyaluronik mikro-molekul yang mudah menembusi lapisan dermis kulit untuk memberikan penghidratan yang mendalam. Diperbuat daripada bahan semulajadi, sesuai untuk kulit kering dan sensitif.



7. Dr. Dermis Hydraceutic Amino Acid Cleanser


Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia


Dr. Dermis Hydraceutic Amino Acid Cleanser ialah pencuci muka untuk kulit kering yang dibangunkan untuk menguatkan penghalang kulit, Derma-Mimic Complex berfungsi seperti lipid kulit semula jadi yang berkesan membaiki kulit yang rosak akibat kerosakan penghalang kulit. Ia mengaktifkan saluran air Aquaporin untuk penghidratan intensif dan seterusnya meningkatkan Faktor Pelembap Semulajadi (NMF), mengunci molekul air untuk kulit yang sihat.



8. YOU Hy! Amino Wow-Tery Hydrating Facial Wash


Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia


YOU Hy! Amino Wow-Tery Hydrating Facial Wash diperkaya dengan Asid Hyaluronik 5D, Asid Amino, dan Kompleks Penghidratan untuk membersihkan kulit kering, mengekalkan kelembapan dan menyuburkan kulit untuk kulit yang segar, licin dan sihat. Asid Hyaluronik 5D Mengandungi 5 jenis Asid Hyaluronik yang membantu memberikan penghidratan dan mengekalkan kulit terhidrat dengan baik.



9. La Roche Posay Toleriane Caring Wash Anti-Discomfort Facial Cleanser


Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia


La Roche Posay Toleriane Caring Wash Anti-Discomfort Facial Cleanser membersih dan menanggalkan solekan dengan berkesan. Ia diperkayakan 4 bahan aktif untuk memaksimumkan keselesaan daripada penggunaan pertama. Teksturnya yang lembut sesuai untuk mengurangkan geseran kulit ke tahap minimum.



10. Clinelle Pureswiss Hydracalm Caring Milk Cleanser


Pencuci muka untuk kulit kering di Malaysia


Clinelle Pureswiss Hydracalm Caring Milk Cleanser ialah pencuci muka susu tanpa sulfat untuk kulit kering yang berkesan menghilangkan kekotoran sambil mengekalkan tahap kelembapan kulit. Ia membantu menenangkan kulit sensitif yang disebabkan oleh pencemaran persekitaran. Dengan pencuci muka ini, kulit berasa bersih, lembap dan lembut.
Terbaru Lebih lama